Memaafkan dan melupakan
Makin dipuja umur, makin aku sedar yang kemaafan itu bukanlah semudah memetik jari dan hilang begitu sahaja - selesai - tapi ia adalah satu proses yang berperingkat sehingga kita berada di lubuk dimana kenangan itu terubat dan kita pun bergerak mengikut arus kesengsaraan dari masa lalu dan.. kembali bebas.
Sengsara, Sebal, Sembuh, datang bersama. Setiap peringkat mesti dilalui dan diproses agar jiwa yang teranaiya benar-benar bebas. Aku agak bimbang ketika diperingkat "sebal" pada mulanya, kerana aku enggan untuk mengaku yang sebenarnya aku membenci susuk yang merobek jiwa peribadiku.
Sekarang aku faham. Membenci apa yang kita musuhi tidak membolehkan kita lupa kesengsaraan yang telah dipahat, bahkan tidak sekali dapat mengharapkan jiwa yang terluka ini sembuh. Ye! Setelah jauh berjalan, aku dapat ilham, untuk aku capai kesembuhan kemaaafan ni, aku perlu berhenti dan membuat pengakuan dan di situlah sebenarnya aku. Bolehlah nanti aku bergerak ke peringkat seterusnya.
Dengan adunan emosi yang kompleks, memaafkan itu sebenarnya perkara yang ganyir. Ibarat dari lecah lari ke duri, jika kita ambil mudah. Sejujurnya, perasaan ini telah meyakinkan aku hari demi hari, apa pun terjadi dalam hidup, sebenarnya ada benda kita belajar.
---
Terjemahan dari Forgive & Forget | Zhi Cooper.
---
Sengaja nak penuhkan siaran dalam blog ni. Nantilah, esok aku kongiskan pengalaman sebagai kuli hantar makanan orang, dorang cakap. Pukul berapa dah ni?

Terima kasih translate. Saya terharu. Uhuk.. ~
BalasPadam